Impikan badan yang
kembali menawan dan langsing selepas habis berpantang?
Inginkan kesihatan
anda kembali pulih selepas berpantang?
Inginkan produk yang
terjamin kualiti dan keberkesanannya?
Tahukah
Anda?
- Amalan berpantang yang betul dapat mengekalkan awet
muda
- Pengeluaran darah nifas, darah bantal dan darah bayam
yang lancar selepas bersalin dapat mengembalikan kejelitaan dan
kesihatan ibu
- Melulur dapat menghindari kemasukan angin sejuk yang
mengakibatkan penyakit kebas, bisa otot serta sendi dan urat saraf
Herbanika
Bersalin Nona
Roguy (NR)
Herbanika Bersalin adalah
rumusan tradisional daripada Nona Roguy (NR)
disediakan istimewa untuk ibu-ibu berpantang, kesihatan bersalin dan
kecantikan. Ianya juga sesuai untuk mereka yang ingin menjaga
kesihatan selepas habis tempoh berpantang. Sesuai digunakan samada
bersalin secara normal atau pembedahan.
Ramuan pusaka tradisi ini telah
diamal dan dipegang kukuh dari generasi
ke generasi sejak kurun ke-12. Amalan penggunaan herba ini telah
diturunkan daripada mubaligh-mubaligh Arab dan keluarga Diraja Siak,
Jambi, Palembang dan Keraton Solo, di Jawa Tengah.
Kini tradisi ini diperturunkan
dalam bentuk yang mudah digunakan dan
dapat diamalkan oleh semua orang untuk amalan kesihatan dan kecantikan
badan.
Berbekalkan rumusan herba-herba
asli daripada khazanah hutan hujan
tropika dan petua serta adat resam dahulu, rangkaian herba Nona
Roguy(NR) diproses melalui penggunan mesin-mesin yang termoden dengan
taraf piawaian dan ketetapan yang telah ditentukan oleh kerajaan.
Produk ini adalah buatan dan keluaran Malaysia. |
 Utama
Hubungi kami dan
pertanyaan
Cara pesanan, bayaran,
harga dan penghantaran
Amalan kesihatan
menggunakan Nona Roguy
Berminat untuk menjual
produk Nona Roguy?
Pusat
sehenti barangan
keperluan anda dan bayi, moden dan tradisional di sini...
Tip-tip mengandung,
bersalin, berpantang dan mengenai bayi
Perkhidmatan urut dan
penjagaan ketika pantang
Daftar
NewsLetter Nonaku.com
untuk maklumat terkini, tip-tip menarik dan promosi hebat produk
Nonaku.com di masa yang akan datang! Sertai mailing list kami.
Nona Roguy di Shah Alam/Klang
|
|
Pengalaman Berpantang Sharifah Nor Irma
Menggunakan
Herbanika Bersalin
Nona Roguy
Saya
merupakan ibu kepada 4 orang anak.
Pengalaman mengandung merupakan pengalaman yang menarik
bagi saya. Mungkin
berlainan orang berlainan
pendapatnya. Namun yang pasti, ramai yang akan bersetuju dengan saya
dan tidak keterlaluan jika saya katakan semua ibu-ibu ingin mendapatkan
kembali bentuk badan yang asal selepas bersalin.
Di sini saya ingin
berkongsi amalan saya semasa berpantang secara
keseluruhannya agar wanita lain turut mendapat kebaikan ini. Saya
mengamalkan pemakaian bengkung selepas bersalin. Saya memakainya
bersama-sama sapuan Minyak Herbanika Nona Roguy (NR) dan Herbanika
Barut Nona Roguy (NR) di pinggang, perut, bahagian ari-ari dan
celah-celah peha. Saya turut menggunakan campuran Minyak Herbanika Nona
Roguy (NR) sebagai minyak untuk mengurut.
Dari segi pemakanan pula,
saya banyak minum air dan memakan makanan
berkhasiat. Saya turut mengamalkan meminum air Akar Herbanika Nona
Roguy (NR) dan memakan PhytoNatal Nona Roguy (NR). Pemakanan penting
untuk mendapat badan yang sihat dan cergas. Di samping itu, ia juga
dapat menghasilkan susu yang banyak dan baik untuk menyusu bayi.
Dengan cara pemakanan yang baik ini saya dapat menyusu bayi saya
sepenuhnya sepanjang waktu berpantang dan berterusan sehingga anak saya
berusia 2 tahun.
Hasil keseluruhannya,
saya amat berpuas hati. Terdapat perbezaan yang
ketara berbanding ketika saya berpantang pada kali pertama di mana saya
tidak mengambil set Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR). Saya
tidak mengambilnya pada kali pertama berpantang kerana berasakan
harganya mahal. Namun setelah mencubanya, harga itu amat berpatutan
dengan kesan yang amat memuaskan. Saya terus mengamalkan produk-produk
Nona Roguy (NR) setelah
habis tempoh berpantang sehingga kini untuk menjaga kesihatan saya.
Oleh kerana itu, saya ingin mensyorkan produk Herbanika Bersalin Nona
Roguy (NR) ini untuk amalan anda semua. Sekali anda cuba, pasti anda
akan mencari lagi kerana kemantapannya.
|
Set
Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR)
Mengandungi
* PhytoNatal -
dalam bentuk tablet untuk dimakan
* Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan
perlu dicampur air untuk diminum
* Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perut,
pinggang dan badan
* Herbanika barut - sapuan pada perut dan pinggang
* Uncang Cuci Herbanika - untuk jagaan kebersihan
dan kesegaran wanita
* Herbanika Lulur - untuk menyental kulit,
kehalusan dan kebersihan kulit
Khasiat dan
Panduan Penggunaan
| Barangan |
Khasiat |
Panduan Penggunaan |
PhytoNatal
(tablet)
 |
- Membersihkan
rahim, mengeluarkan angin, lendir dan darah kotor dalam badan
- Melawaskan
pembuang air kecil dan besar, mengatasi masalah sembelit, kepenatan,
migrain dan angin
- Mengimbangi kembali sistem badan.
- Mengurangkan berat badan dan menguatkan
otot-otot badan
|
Hari ke 4 - 50
(atau sehingga 100 hari)
Kelawasan biasa
- makan 2 - 3 biji 1 kali sehari
Terlalu
lawas (Sensitif )
- makan 1- 2 biji 1 kali sehari
Tidak
lawas (Sembelit)
- makan 3 - 5 biji 1 atau 2 kali
sehari
|
Akar Herbanika
(uncang)
 |
- Menyegarkan urat saraf, mengurangkan keletihan serta
sakit sendi, memecahkan lemak yang degil dan juga
mengawal
bau badan.
- Membantu pengeluaran susu yang baik dan pekat.
- Melawaskan pembuangan air kecil dan mengurangkan air
yang berlebihan dalam badan.
|
Hari
ke 1 - 50
(atau sehingga 100 hari)
- Rebus 1 pkt uncang Akar Herbanika
dengan sukatan 1 liter air sehingga keluar pati teh herba.
Campurkan 1 sudu teh Madu Lebah Asli sebagai penawar &
sumber tenaga. Minum suam panas 3 - 4 cawan sehari.Jika
berpenyakit Kencing Manis, minum tanpa Madu Lebah.
- Jika mengalami
lebihan angin dalam badan, didihkan 5 paket uncang akar
herbanika bersama-sama halia tua dalam 1 liter air. Tambahkan madu
asli. Minum ketika suam-suam.
- Boleh disimpan
didalam termos untuk mengekalkan kepanasannya.
|
Herbanika Barut
(serbuk dan Krim)

|
- Mengempiskan perut yang buncit dan merampingkan
pinggang
- Mengembalikan kesegaran kulit perut yang lembik dan
mengurangkan kedutan, parut dan jalur pecahan pada
perut.
- Mengecutkan rahim, mengeluarkan darah nifas dan
kotoran dari rahim.
|
Hari
4 - 40
- Krim - boleh terus disapu
- Serbuk - Campurkan 1-2 sudu besar Serbuk
Herbanika
Barut dengan 4 sudu besar asam jawa tanpa biji dan air yang
mencukupi di dalam periuk
tanah.
- Panaskan dengan api yang perlahan dan
kacau sehingga sebati. Seeloknya tidak terlalu cair atau pekat.
- Lumurkan Minyak Herbanika kemudian
sapukan Herbanika Barut ketika suam ke pinggang, perut dan
bahagian ari-ari.
- Pakailah bengkung.
- Dilakukan 2 kali sehari iaitu pada
waktu pagi dan petang.
- Pada waktu petang, bersihkan dan pakai
semula seperti cara di
atas. Gantikan dengan bengkung yang baru atau bersih.
- Pakai sepanjang malam.
- Seeloknya memakai Serbuk Herbanika
Barut pada sebelah pagi dan
Krim Herbanika Barut pada sebelah petang atau memilih
salah
satu.
|
Minyak Herbanika
 |
- Melegakan serta mengatasi sakit-sakit sendi dan
otot-otot
- Memecahkan angin dan lendir yang
terkumpul disendi-sendi
- Menyegarkan urat saraf dan otot-otot
yang lemah dan kulit-kulit badan dan payudara yang kendur.
- Minyak pelembab melembut dan menegangkan
kembali kulit perut yang kendur, lembik dan pecah-pecah berjalur.
- Melicinkan peredaran darah dan
mengeluarkan angin melalui liang-liang roma badan
|
Hari
1 - 40
- Sapukan Minyak Herbanika di pinggang,
perut, bahagian ari-ari dan celah-celah peha.
- Boleh digunakan sebagai minyak urut.
Bersalin secara
pembedahan
- Selama 1 bulan selepas bersalin, hanya
sapukan Minyak herbanika ke bahagian abdomen atas dan
bawah, belakang serta bahagian pinggul.
Bengkak payudara
- Urut Minyak Herbanika ke
kawasan payudara dan dengan lembut tekan puting untuk mengeluarkan
susu.
- Jika bengkak, rendamkan tuala kecil
ke dalam air panas dan
letakkan ke kawasan bengkak. Ulang sehingga payudara
lembut. Keringkan dan pakai semula Minyak Herbanika di
payudara.
- Bersihkan puting sebelum
menyusu bayi
|
Uncang Cuci
Herbanika
(uncang)
 |
- Mengatasi masalah gatal-gatal di tempat sulit,
penyakit kulit, buasir dan mengeringkan luka bekas jahitan.
- Sesuai untuk mandi sitz,
hydroterapi dan compress.
|
- Rendamkan 1 - 2 paket Uncang Cuci Herbanika ke
dalam 1/2 liter
air panas mendidih. Biarkan sehingga air bertukar menjadi
warna kekuningan herba.
- Kurangkan kepanasan dengan mencampurkan
sedikit air paip.
Gunakan kapas untuk membersihkan bahagian sulit.
- Keringkan dan letakkan Minyak
Herbanika ke atas pad selama
seminggu pertama selepas bersalin. Selepas seminggu (sembuh
luka) bolehlah diletakkan Minyak Berubat Mustajab sehingga
habis
pantang.
- Gunakan 2 - 3 kali sehari.
|
Herbanika Lulur
 |
- Mengatasi masalah bisa-bisa dan kebas-kebas
badan, sendi dan
otot-otot seperti rheumatism, arthiritis dan vena varikos
dan peluh berbau
- Memecahkan lemak serta lendir yang degil dan
mengembalikan kepejalan badan
- Menegangkan semula payudara yang kendur dan
lembik
- Mengecutkan bengkak-bengkak yang disebabkan oleh
angin lendir
di otot, urat saraf serta urat timbul.
- Penyegar dan penyental kulit daripada daki mati,
parut hitam,
parut bersalin, jeragat hitam, kulit kasar dan berjerawat.
|
- 1- 2 sudu besar Herbanika Lulur dicampurkan dengan
air panas suam
- Gunakan sebelum mandi. Lulurkan pada
seluruh
badan. Gosokkan ke atas kulit badan, kaki, betis, tapak kaki
dan tangan, lengan dan belakang.
|
Set Herbanika Bersalin
Nona Roguy kini dikenali
SET HERBANIKA BERSALIN NR
dengan pembungkusan baru, namun produk dan harga masih sama

Semuanya
dalam satu pek pada
harga yang berpatutan RM365
* PhytoNatal - 90 biji
* Akar Herbanika - 10 paket
* Minyak Herbanika - 100 ml
* Herbanika barut (krim) - 60gm
* Uncang Cuci Herbanika - 10 paket
* Herbanika Lulur - 100gm
Kini anda....
 Boleh
lupakan kesesakan
lalu lintas, masalah meletak kereta atau mencari kedai yang menjualnya.

Permudahkan urusan anda terutama kepada yang sedang
sarat mengandung atau yang kesuntukan masa.

Boleh membeli pada bila-bila masa mengikut kelapangan
melalui internet
 Dan
pesanan akan sampai ke tempat anda ...
Tunggu
Dulu! Anda juga akan mendapat bonus-bonus berikut secara PERCUMA
Cara
rawatan lengkap produk semasa
berpantang bersalin
Booklet tip
berpantang, resepi-resepi dan tip penjagaan bayi
Penghantaran
Percuma bernilai RM10
Khidmat
nasihat semasa pantang
panduan penggunaan produk Nona
Roguy
Peluang
memenangi Kereta, Motorsikal dan pelbagai barangan eletrik
serta
cabutan bulanan!!!
Sertai Kempen Bonus Ria 2009 untuk peluang
memenangi cabutan bertuah di
atas. Belian produk Nona Roguy sebanyak RM50 akan mendapat 1 setem.
Kumpulkan sehingga 9 setem. Kempen Bonus Ria 2009 dilanjutkan sehingga
30 Nov 2009. Untuk maklumat lanjut sila layari di sini
|
Set
Herbanika Bersalin Nona Roguy(NR)
- 1. Set Bersalin
Nona Roguy

- 2. Daftar ahli
- 3. Cara
rawatan semasa berpantang bersalin
- 4. Resepi-resepi
makanan ketika pantang bersalin
- 5. Penghantaran
percuma
bernilai RM375
pada harga RM310 * sahaja
|
atau
|
Set
Herbanika Bersalin Nona Roguy (NR) & Bengkung Mia
1.Set Bersalin Nona Roguy 
2. Daftar ahli
3. Bengkung Mia
4.Cara
rawatan semasa
berpantang bersalin
5. Resepi-resepi makanan
ketika pantang bersalin
6. Penghantaran percuma
| Jenis Bengkung |
Set Nona Roguy + Bengkung
Mia
RM |
| Bengkung
Roda Mia Nipis 45cm |
Biasa RM420, di sini RM350
|
| Bengkung
Roda Mia Tebal 45cm |
Biasa RM430 di sini RM360
|
| Bengkung
Roda Mia Nipis 55cm |
Biasa RM425, di sini RM355
|
| Bengkung
Roda Mia Tebal 55cm |
Biasa RM435, di sini RM365
|
| Bengkung Tali Mia 45cm |
Biasa RM425, di sini RM355
|
| Bengkung Tali Mia 55cm |
Biasa RM430 di sini RM360
|
| Bengkung Lilit Mia 12m
|
Biasa RM410, di sini RM340
|
Untuk
maklumat lanjut Bengkung Mia sila layari www.mybengkung.com
bernilai
dari RM410 pada harga dari RM340 * sahaja
|
*
Belian ini adalah pada harga ahli. Anda perlu mendaftar menjadi ahli
sebanyak RM10 untuk seumur hidup. Bagi ahli sedia ada, dikurangkan
pembayaran ahli sebanyak RM10. Contohnya Set Nona Roguy (NR) berharga
RM310, perlu bayar RM300 sahaja
Set
Bersalin ini adalah untuk
kegunaan 1 bulan. Untuk pilihan cukup habis pantang sila klik di sini
Agensi
Berdaftar Nona Roguy (NR)
Sharifah Nor Irma Dariah adalah agensi
yang berdaftar dengan Nona Roguy
(NR) dan telah menyertai kursus cara rawatan yang dianjurkan oleh pihak
Nona Roguy(NR).
Kami juga
turut menjual
produk-produk Nona Roguy (NR) lain. Stok adalah
sentiasa tersedia untuk dijual. Jika tiada stok, pemberitahuan akan
dinyatakan di laman web ini. Untuk mendapatkan maklumat
produk-produk lain dan harganya sila lihat di bawah.
Kepada
mereka yang bukan ahli,
untuk mendapatkan pada harga ahli
bolehlah mendaftar sebanyak RM10 seumur hidup. Pendaftaran adalah perlu
berserta belian pada harga ahli. Kad akan disertakan bersama-sama
pesanan produk.
Bersama Datin Sharifah
Anisah Barakbah ketika menerima
Penganugerahan Jualan Agensi-Ajensi Tertinggi
Seluruh Malaysia 2009
Penjagaan kesihatan adalah
proses berterusan. Amalan penjagaan
kesihatan sepatutnya bukan untuk waktu tertentu sahaja seperti ketika
berpantang. Badan kita sentiasa mengalami perubahan, jadi jika tidak
dijaga dari segi pemakanan dan bersenam, kita akan tetap mengalami
masalah dengan badan kita. Contohnya, selepas tamat tempoh
berpantang, badan kita kembali ke bentuk asal yang menawan dengan
penjagaan yang sempurna. Tetapi jika kita tidak menjaga pemakanan,
berat badan akan mula naik dan mungkin menimbulkan penyakit
berkaitan makanan.
Produk Nona Roguy (NR) juga
sesuai untuk pelbagai kegunaan. Boleh
digunakan untuk penjagaan kesihatan untuk wanita berpantang atau untuk
kegunaan harian. Juga sesuai untuk lelaki. Untuk mendapatkan
penggunaan lain sila klik di sini.
Sila
buat pesanan segera di sini!
|
Cara
pembayaran (Untuk Ahli dan Pendaftaran Ahli Nona Roguy (NR))
Bank
In/Transfer Fund
-
Sila klik 'Beli Bank' untuk belian
secara bank in/online banking
Cek/Wang
Pos
- Sila klik 'Beli
Pos' untuk belian secara cek/wang pos melalui pos
Bukan Ahli Nona Roguy
~ untuk mereka yang berminat untuk mendaftar sebagai ahli dan
mendapatkan produk pada harga ahli, boleh buat pendaftaran dan
pesanan di atas.
Ahli Nona Roguy
~ Anda boleh
dapatkannya pada harga
ahli.
~ Sila sertakan nama dan nombor ahli anda ketika membuat pesanan.
|
Cara pembayaran (Untuk
belian
harga bukan Ahli)
~ sila klik di sini
Perkhidmatan pembayaran secara
kad kredit boleh dibuat bagi pelanggan
yang datang ke kedai kami di Kota Damansara. Tiada bayaran kad kredit
secara online
Kami turut memberikan khidmat
konsultan kepada mereka yang memerlukannya
Perlukan bengkung/barut?
Dapatkan di www.mybengkung.com
Perhatian!
Bengkung Mia bukan produk Nona
Roguy. Hanya boleh didapati di sini
sahaja.
Senarai Barangan Nona
Roguy (NR)
dan Harga
| Produk |
Berat |
Harga
Ahli
RM |
Harga
RM |
| Set
Herbanika Bersalin |
6
barang |
300 |
365 |
| Akar Herbanika |
30 paket uncang |
80 |
100 |
| Akar Herbanika |
15 paket uncang |
55 |
70 |
| Minyak Herbanika |
260 ml |
85 |
105 |
| Minyak Herbanika |
130 ml |
58 |
68 |
| Herbanika
Barut |
150
gm |
50 |
60 |
| Krim
Herbanika Barut |
60
gm |
45 |
55 |
| Herbanika
Lulur |
150
gm |
50 |
60 |
| PhytoNatal |
180
biji |
180 |
205 |
| PhytoNatal |
90
biji |
100 |
140 |
| Uncang
Cuci Herbanika |
15
paket uncang |
85 |
100 |
| Minyak
Berubat Herba (dahulu Minyak Mustajab) |
130
ml |
27 |
33 |
| Barra
Gel |
200
ml |
25 |
30 |
| Sabun
Dhia |
|
10 |
12 |
| PhytoCleanse |
30
biji |
60 |
75 |
| PhytoCleanse
Plus |
30
biji |
70 |
88 |
| Phytox |
30
biji |
70 |
88 |
| Phytovagin
Gel |
|
50 |
60 |
| PhytoRoots |
15
uncang |
60 |
70 |
| Krim
Syifa' |
150
gm |
100 |
120 |
| Madu
Tenaga Segar |
90
gm |
55 |
65 |
| Madu Nona Harmonis |
90 gm |
55 |
65 |
| Mustajab Balm |
7 gm |
12 |
15 |
| PhytoCleanse |
10 biji |
25 |
30 |
| PhytoCleanse Plus |
10 biji |
29 |
33 |
| Phytox |
10 biji |
29 |
33 |
| Lawas Angin |
105 gm |
48 |
58 |
| Lawas Kencang |
105 gm |
48 |
58 |
| Lawas Segar |
105 gm |
48 |
58 |
Penghantaran - Malaysia
- Kos penghantaran bagi Pakej Set Bersalin Nona Roguy (NR)
dan belian melebihi RM 100 adalah Percuma
bagi Semenanjung Malaysia.
Bagi Sabah dan Sarawak dikenakan kos sebanyak RM 5 sahaja
- Kos penghantaran bagi belian Nona Roguy (NR) di bawah harga
RM 100 adalah RM 5 bagi Semenanjung Malaysia dan RM 7 bagi Sabah dan
Sarawak
- Sila beri masa 2 - 3 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 3 -
5 hari bekerja bagi Sabah dan Sarawak untuk penerimaan selepas pesanan
diterima dan pengesahan bayaran dibuat
- Pastikan maklumat yang diberikan adalah betul dan perlu ada
penerima yang akan menandatangani pengesahan pesanan anda diterima. Ini
adalah bagi memastikan pesanan anda diterima pada masanya.
Kelewatan disebabkan masalah ini adalah tanggungjawab anda.
- Sebarang perubahan perlu diberitahu dengan menghubungi kami
melalui telefon sebelum 1 petang, penghantaran akan dibuat selepas 1
petang. Perubahan tidak akan dilayan selepas penghantaran dibuat. Kami
hanya dapat memberikan nombor rujukan pos untuk pertanyaan status.
- Pesanan yang dihantar telah dipastikan dalam keadaan elok
dan baik. Sila pastikan pesanan anda diterima dalam keadaan baik.
Sebarang kerosakan pesanan perlu diberitahu dengan segera selepas
penerimaan.Sekiranya pesanan telah rosak disebabkan kecuaian kami atau
ketika dalam perjalanan, kami akan menggantikannya dengan segera. Jika
selepas 2 hari kami mengganggap kerosakan itu bukan kesilapan kami.
- Resit asal akan disertakan bersama-sama produk anda.
Untuk pertanyaan lanjut boleh
hubungi -
Mama N Damia Enterprise (001762150-T)
dahulu Sharipah Nor Irma
Enterprise
B-15-1, Blok B, Jalan Teknologi
3/9,
Bistari De Kota, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor
e-mail - sales@mamadamia.com
atau sales@nonaku.com
tel/fax - 03-6141 8544
tel bimbit - 012-2966 224
Peta |